27 Mac 2012

Makhluk yang menyerupai makhluk lain

( Minta maaf kalau entri ni membuatkan ada yang berasa loya)
  Pasti ada dalam kalangan kita yang berpendapat bahawa perkara-perkara aneh berlaku cuma kerana kebetulan sahaja. Begitu juga dengan saya, sebagai contoh ikan pari yang menyerupai manusia.. Dulu, saya benar-benar berpendapat yang semua ni cuma kebetulan dan tiada kena mengena dengan Allah ingin menunjukkan kuasa-Nya. (Astaghfirullah..)
Tapi, bila difikirkan lagi.
Setiap makhluk membawa gen dan DNA mereka yang tersendiri. Memandangkan segala proses penterjemahan data dari DNA itu 'sangat' spesifik, hampir mustahil yang bentuk mereka akan berubah menyerupai makhluk ciptaan Allah yang lain dengan sendirinya tanpa campurtangan sesiapa. Walaupun kita sedia maklum bahawa sains telah berjaya mencipta pelbagai spesies baru dengan sains, tetapi apa yang saya maksudkan sekarang ialah perkara yang berlaku secara semulajadi. Bahkan di tempat yang tiada berlakunya radiasi dan pencemaran.

Contoh lain pula ialah, khinzir yang berwajah manusia ini :


Bagaimana agaknya wajahnya dapat menyerupai manusia? Ia bukan dilahirkan oleh seorang mausia. Jauh sekali beribu atau berbapa manusia. Menjadikan manusia sebagai makanan pula takkan menyebabkan perubahan pada gen. Radiasi? Kalaupun terkena radiasi, kenapa manusia, kenapa bukan kecacatan?..
Inilah tandanya Tuhan mampu lakukan apa sahaja..
Wallahualam..
Semoga kita kekal berada dalam petunjuk-Nya.. Amin..

'di setiap kejadian itu ada tanda kebesaran-Nya bagi mereka yang mahu berfikir'

19 ulasan:

Amira Sakinah Sulaiman berkata...

haiii..selalu je singgah sini :D
rupanya lailaa kee..slama ni baca x tau tuan yg menaip ..hehe

eLLa n aLia berkata...

haha, eya? wah, rupanya ada pngnjung gak dari kalangan lcturemates ni. thanks.. hehe

Anastasyea Aida berkata...

Kadang² rupa kedua tu untuk tujuan penyamaran dari pemangsa lain .. ^__^

www.anastasyea.com

eLLa n aLia berkata...

oh, imitating.. ye.. btul gak anastasia :)

-SUPERGIRL- berkata...

serammmmmmmmm . hehe

Liza @ Adzriel AB berkata...

ikan pari memang agak menyerupai manusia dari segi datang bulannya. sebab tu kak liza loya sikit nak makan ikan pari ni... pari bakar sedap ehh..he..he..

eLLa n aLia berkata...

supergirll.. sory..
liza: a'ah, mnstruation diorang sma dgn mnusia.. x mkan sngt juga..

ridoma berkata...

khinzir tu mcm baru lepas wat plastc sgery jer..

Azmi Khan berkata...

tiada yg mustahil dlm dunia nie....

nurmujahidah berkata...

salam,, tq sbab sudi tengokkan blog muja,, mybe wifi slow takleh tgk kot,, cuak sangat tadi,, :'( letak background je,, bukannya ubah kat edit html pun,, sob3,,, tq sangat :D

aimaniman berkata...

tanda kebesaran Allah semoga kita sentiasa beringat, akak ada terbaca kisah orang 'merogol' ikan pari.. adakah ni semua kesan perbuatan terkutuk tu??? semoga manusia mengambil iktibar..

Boni JLL3 berkata...

hurm..setiap yang terjadi adalah tanda betapa besarnya kuasa Dia.. Jadi, siapalah manusia yang hendak melawan kuasaNya? Manusia ni ibarat sebesar kuman mahupun sebesar zarah jika hendak dibandingkan dengan Dia..

Hanif berkata...

Stiap ciptaanNya ada maksud tertentu...

Cik Lia Lomi berkata...

semuanya atas kuasa Allah..

Cik Lia Lomi berkata...

semuanya atas kuasa Allah..

keindahan Hidup(faizul) berkata...

menarik :)

Teenager Housemaid berkata...

masya Allah..

Noraim berkata...

subhanallah tu semua kuasa Allah.

MaYa MustWany berkata...

Allah swt lebih Maha Mengetahui apa yang terjadi kan..

Aku tak jamin semua yang ada dalam blog ni betul. Tapi aku taknak lah entri aku di copy. Minta izin tuan punya belog dulu ok. Dan mengenai entri tak matang aku masa muda dulu, jangan gelak pula. hahaha. sendiri gelak.

*Tujuan aku berblog adalah untuk memperbaiki kemahiran mengolah ayat aku yang masih tak kalah dengan budak tadika. Walaupun aku banyak menggunakan bahasa rojak, aku tak pernah bermaksud untuk merosakkan keindahan bahasa melayu. Aku sendiri tak menggalakkan penggunaan bahasa rojak.