09 April 2012

Apa yang terjadi kepada belon yang berisi gas helium setelah dilepaskan ke udara?

Apa yang terjadi kepada belon yang berisi gas Helium setelah dilepaskan ke udara?
Jawapannya ialah, ia terbang ke atas kerana berat gas Helium lebih ringan berbanding berat udara di sekeliling kita.

Rasanya boleh tak sebiji belon berisi Helium terbang sehingga ke angkasa lepas?
Jawapannya ialah tidak. Gas Helium yang terdapat di dalam belon cuma dapat melepasi gas yang lebih berat daripadanya dan akan berhenti terbang apabila ia telah mencapai tempat yang mana udaranya adalah sama berat dengan gas Helium iaitu lebih kurang 32 Km dari aras bumi. Walaubagaimanapun, hampir semua belon akan POPP! sebelum sampai ke altitud tersebut. Manakala angkasa lepas pula bermula pada sekitar 960 Km dari aras bumi.

Benar atau tidak yang manusia boleh terbang menggunakan belon biasa (permainan kanak-kanak)?
Ya. Boleh.. Dalam video di bawah, 45 biji belon diperlukan untuk menaikkan 4.5 Kilogram Kentang.
Sebiji belon pula bersaiz lebih kurang 10 kaki padu/ 0.3 meter padu.
Hmm, berat saya ialah 42 Kilogram. So, kalau saya nak terbang menggunakan belon.. Saya memerlukan 420 biji belon yang bersaiz sama dengan belon yang digunakan di bawah. Minta maaflah kalau tersalah perkiraan. hehe


Semasa mencari maklumat berkaitan tajuk di atas, saya ada terbaca mengenai sebuah cerita real yang berlaku kepada seseorang yang menggunakan nickname Doglover928, alkisahnya bermula begini ~

   Beliau mempunyai seorang anak yang kreatif. Pada suatu hari, anaknya telah menggunakan kreativitinya untuk membuat belon yang diisi dengan gas Helium dan nota kecil yang bertulis nombor telefon dan nama pemilik belon tersebut. Belon itu kemudiannya dilepaskan ke udara. Sebulan kemudian, mereka menerima panggilan telefon. "Someone got the note!! How fascinatting!" katanya. Apa yang membuatkan ibu itu teruja ialah jarak nota itu dengan mereka sekarang ialah 10 jam perjalanan. Di akhir artikel, ibu itu menyatakan yang mungkin orang tersebut cuma mendapat nota dan bukan belon.

Sekadar berkongsi:

Sumber rujukan:

6 ulasan:

Schu haDa berkata...

wa, informative :0

Noraim berkata...

agak2 kalau jatuh mcm ne? heee.

ogyep yummy mellow berkata...

TQVM... ogyep belajar sesuatu hari ni... TQ cikgu..

ieda berkata...

uishh x terfikir lak akk nie ;)

TERBAIK.my berkata...

Whoa...
Baru thu,,:DD

Ct R Miena berkata...

hehhehe... nice sharing.. xpernah terpk pun...

Aku tak jamin semua yang ada dalam blog ni betul. Tapi aku taknak lah entri aku di copy. Minta izin tuan punya belog dulu ok. Dan mengenai entri tak matang aku masa muda dulu, jangan gelak pula. hahaha. sendiri gelak.

*Tujuan aku berblog adalah untuk memperbaiki kemahiran mengolah ayat aku yang masih tak kalah dengan budak tadika. Walaupun aku banyak menggunakan bahasa rojak, aku tak pernah bermaksud untuk merosakkan keindahan bahasa melayu. Aku sendiri tak menggalakkan penggunaan bahasa rojak.