03 April 2012

Sebab bibir berwarna gelap dan penyelesaiannya.

  Siapa yang tidak menginginkan warna bibi yang cantik? Warna bibir  yang kemerahan pasti dapat memberi imej ceria dan cantik kepada seseorang. Ia juga melambangkan kesihatan dan gaya hidup yang baik.


Secara umumnya :

 Permukaan kulit manusia mempunyai melanin yang berfungsi melindungi tubuh daripada sinar UV yang keterlaluan. Berbanding dengan kawasan lain pada permukaan tubuh badan, bibir mempunyai lapisan melanin yang amat kurang. Oleh itu, warna merah darah daripada saluran darah hampir kelihatan, menyebabkan bibir berwarna kemerahanApabila kulit terdedah kepada cahaya matahari (UV rays), melanin akan bertambah.
(Melanin menggelapkan warna kulit, tengok dalam gambar sel.)


 Maka, elakkanlah supaya bibir jangan terlalu terdedah kepada pancaran matahari dan menjadi kering. Elakkan juga daripada menjilat bibir. Sebaliknya, gunakanlah gincu yang mempunyai pelembap dan filter untuk UV.

 Kemudian, korang bolehlah mengamalkan pemakanan yang baik terutamanya pengambilan buah yang berwarna kemerahan. Ini kerana, warna merah pada buah adalah hasil daripada nutrien yang ada di dalamnya. Jadi, pengambilan buah-buahan tersebut bermakna mengambil nutrien yang ada di dalamnya..
Selepas memberus gigi pula, berus bibir secara perlahan untuk membuang sel yang dah mati.

Paling penting, amalkan gaya hidup ceria, sihat dan hati yang lapang. Sebabnya, warna bibir boleh menunjukkan keadaan sistem peredaran darah kita. Sistem peredaran darah pula dapat dipengaruhi oleh gaya hidup sihat kita.
  Keraplah biarkan badan berpeluh. Berpeluh tu tandanya badan ada melakukan aktiviti. Saluran darah pun boleh mengembang dan lebih dekat kepada kulit. Hasilnya, badan sihat, wajah kemerahan, bibir kemerahan dan yang paling penting, anda boleh yakin dengan warna bibir anda.. Selamat mencuba.

5 ulasan:

dyabunga berkata...

nk cuba lah..huhu

eLLa n aLia berkata...

@dya : a'ah.. cubalah.. dialu-alukan..

cendol berkata...

Bagusnye info..thanks !

ainSH berkata...

terbaikkk, sb ada jugak msalah ni.

eLLa n aLia berkata...

@cendol : ye, sama2.. ;)

@ainsh : :)

Aku tak jamin semua yang ada dalam blog ni betul. Tapi aku taknak lah entri aku di copy. Minta izin tuan punya belog dulu ok. Dan mengenai entri tak matang aku masa muda dulu, jangan gelak pula. hahaha. sendiri gelak.

*Tujuan aku berblog adalah untuk memperbaiki kemahiran mengolah ayat aku yang masih tak kalah dengan budak tadika. Walaupun aku banyak menggunakan bahasa rojak, aku tak pernah bermaksud untuk merosakkan keindahan bahasa melayu. Aku sendiri tak menggalakkan penggunaan bahasa rojak.