Entri ni wujud hasil daripada perasaan memberontak yang semakin membuak-buak dalam diri. Iaitu perasaan semulajadi remaja yang suka mencuba perkara baru.
Ini antara aktiviti saya sepanjang dua bulan bercuti. Sekurang-kurangnya, taklah ketinggalan sangat.
1) Blogging : Mula-mula tu aktif gak, tapi bila dah fokus ke benda lain.. Maka pengeluaran entri pun mula surut. Blogwalking pun hampir menapouse.. Kecuali balasan kepada komen, sebab saya wajib melantun ke blog mereka balik. Btw, saya tak pernah ketinggalan menjenguk blog abg Ben dan Papamifz walaupun dah jarang tinggal komen kat sana.. Sebab suka tengok perkembangan Qhaliff dan Mifz..
2) Belajar skrip HTML dan JS : Ni disebabkan oleh pengaruh dari Lyssa faizureen yang comel tu lah. Bila dah selalu tengok tutorial dan tukar-tukar design blog ni.. Penggunaan object2 dalam html dan js semakin jelas dan rasa mudah. Apatah lagi bila dah berkenalan dengan w3school tu hah. Di sana, kita boleh edit script sendiri dan try, jadi atau tak.. Memang best. Sampaikan teraasa nak tukar bidang.. Oh ye, satu lagi.. Pasal script facebook viral aplication tu.. Huh, bergadai nyawa nak belajar.. Btw, saya bukan orang bisnes sangat, so tak berapa nak fokus lah.. Kepada orang bisnes, saya amat sarankan korang untuk lihat dan search pasal script ni.. Tak dapat skrip, ambik servis pun takpe.. Berbaloi.
3) Jahitan kraf : Alkisahnya bermula apabila melihat sebuah patung kucing daripada kain, buatan homemade. Comel dan nampak mudah.. Perlukan kesabaran dan kesungguhan yang tinggi. Bila jahitan tu diamati, terasa kasih sayang yang disalurkan oleh penjahit patung tersebut. Mengalir sehingga ke lubuk hati. Bak kata orang, dari mata, turun ke hati.. Ceewah, ini dah lebih.. Hmmm, tapi praktikalnya belum lagi dong sayang.. Baru lakarannya aja dong.. Tapi, insyaAllah.. Ada masa, ada rezeki, ada bahan, bolehlah lakaran 2D tu diaktifkan menjadi 4D..

12 ulasan:
activity crafting memang menarik, tapi perlukan kesabaran dan ketelitian.But, once dah siap, fuh!puas hati!:)
oklah tu ada juga aktiviti untuk di isi kan?
kalau dah terror html boleh lah buat bisnes design template blog :)
NAL sendri masih pening2 dengan html ni..
waa bestnye blaja HTML
Belajar HTML aku memang failed..hehehehe
blog saya yang buruk tu tak terjah ke??hehehe
saya pun adakalanya ada sebab yang tak dapat dielakkan. dan saya terpaksa lupakan sebentar aktiviti berblog dan online ni
bgs lah, ada jugak le aktiviti kt rumah wlupn tanam anggur je . haha . lawat2 le blog sy jika ada kesempatan :)
Lepas ni bole suda ambi tempahan edit2 blog kan. Hehe ^^
jahitan kraf ni yang popular skrg ni kan? yg jahit2 patung kecil2 tu... hehehe. goodluck ya ;)
jahitan kraf adalah menarik!
bagusnya..well spent!
mcmmana nk edit html tu eh? apa function bila dh edit2 html?
byk aktiviti ye...bgs le tu .tkde buang masa sgt :D
Catat Ulasan