31 Januari 2012

Seldom, is true...

Look what I found..
I can stop laughing!
hahahahaha..!
Sorry if only I hurt someone..

But, thanks to be your true self..

29 Januari 2012

Puncak Gamelan, Malam Apresiasi Seni UiTM P.Alam 2012

Hiyak !!
Tak lah lama sangat pun ella dan alia tak update blog kan ?..
ella nak share dengan korang beberapa gambar yang sempat ditangkap semasa majlis Malam Apresiasi Seni, kat UiTM Puncak Alam.. ( 27 Jan 12 )
Khas daripada Asasi engineering dan Asasi Sains..

ella main pekin..
Ahli2 gamelan yang sporting dan BEST !



erk, tak semua gambar ada.. Cuma gambar ahli gamelan je..
(Malam tu ada gamelan, teater, koir dan tarian)
Kitorang datang dua jam lebih awal untuk latihan terakhir..
Jean comel !
Dah nak buat persembahan..
Tengah latihan.. Nampak tak girl yang tengah cekak pinggang tu, hah! Dia lah  mastermind untuk persembahan gamelan ni..
Gementar camne pun masih boleh senyum.. senyum sokmo !
Latihan !



ella main gamelan.. Huhu, first time..
Rasa gementar tu memang ada, tapi yang pasti enjoy gak..



Ok, tu je lah..
Nak ucap tahniah untuk semua ahli gamelan dan kelab kebudayaan UiTM, Puncak Alam.. !
Korang memang best !



 "They said that we are cute wearing pink"

24 Januari 2012

wordless #2

Everyday when I open my blog.
I'll blogwalking for about 40 minutes, for sure.
I saw this (below) ; might be seem too sweet for a girl like me..

Tidur kena tutup lampu ?

Kelas CTU. Ustaz A pun mula bercerita mengenai keperluan tutup lampu sebelum tidur.


Semasa tidur, tubuh kita mengeluarkan hormon yang diberi nama melantonin, yang membolehkan kita tidur dengan nyenyak. Melantonin ini sangat peka kepada cahaya. Sehingga menyebabkan orang yang tidur dalam keadaan gelap terus terjaga ketika diajukan cahaya kepadanya (atau lampu pasang).


Semasa tidur, sistem tubuh akan kembali stabil. Tenaga recover. Ilmu diproses untuk menjadi ingatan jangka panjang. Minda dan tubuh bersedia untuk aktiviti keesokan harinya.


Tubuh kita mempunyai jam tersendiri.. Disebut sebagai jam biologi atau biological clock, atau dikenali juga sebaga circardian rhythms.. Iaitu satu sistem badan yang dipengaruhi oleh rangsangan daripada suasana luaran, seperti makan, tidur, siang dan malam dan lain-lain.. Disebabkan kerana itu lah, tubuh kita tetap tahu hari dah siang walaupun kita berada dalam bilik yang gelap.. Kita tidak boleh menipu badan sendiri.. Masa malam, seharusnya jadi masa untuk tidur.


Pesanan : "hargai masa tidur kita. Malam memang dicipta untuk tidur dan rehat. Bahkan Rasulullah S.A.W. sendiri tidak melewatkan tidurnya, selepas isyak sahaja terus tidur. Dari itu, Rasulullah pun mendapat tenaga yang cukup untuk melakukan solat sunat tahajud. Tidur selagi nikmat tidur tidak ditarik, sebab tidur itu hak tubuh kita. Ia perlukan rehat untuk ibadah yang bertenaga keesokan harinya.."

-inovasi dari petikan perkataan ustaz A-

22 Januari 2012

Cara Paling Mudah Dapatkan isi/idea yang menarik untuk Entry Korang !


Tambah tolak bahagi darab.. ella dah listkan 10 cara mudah dapatkan isi untuk entry.. 

1) Isi dengan pengalaman korang yang mempunyai pengajaran.. Lagi umph! kalau ada gambar.. Contohnya : "Jangan merempit, kalau tak, padah akibatnya"

2) Tulis kisah ko dan dia. Mesti korang excited untuk tulis..

3) Buat entri dengan tajuk yang bermula dengan " 10 fakta mengenai ... " & " 10 cara ... " dan yang sewaktu dengannya.. Dengan ini, yakni! Korang boleh isi entri korang dengan benda yang berfaedah..
Sebagai contoh "3 cara mengurat awek, pasti dapat" .. (ceh, pastinya ella tak akan buat entri bertajuk bgitu)

4) Kupas isu semasa atau pendapat rakan-rakan, bagi pendapat.. 5wife1husband tu boleh digunakan ye tuan-tuan dan puan-puan.. ( ella memang tak terror kupas-mengupas ni..)

5) Letak gambar-gambar lawak, sedih, dll.. Pastu bagi tajuk yang bersesuaian, contohnya "gambar yang buat aku menyampah" .. Sekurang-kurangnya, dah ada entri baru.. hwehehe..

6) Bagitau kat dalam entri perasaan korang pada masa sekarang dan bagitau kenapa..

7) Bagitau angan-angan korang.. semoga ada yang aminkan.. (menyelam sambil minum air)

8) Hah! satu nih ella suka.. Bagitau prinsip-prinsip dalam hidup korang.. Dan kupas..

9) Buat cerpen atau novel terus.. Mengarut pun xpe.. Boleh gak ella p komen "nih   ape? entri mengarut!" (uh, kejam)

(10) Tanya kengkawan, dorang nak ko buat entri yang camna. Pastu, ko buatlah entri sebijik macam yang diorang nak.. Buat yang terbaik, kang diorang ketawa, ko gak yang malu..

*** "Akhir kata dari ella, jadi diri sendiri.. Biarlah blog korang tak gempak macam yang lain.. Yang penting, blog tu korang yang punya.. Orang tak suka, biar diorang komen.. Bagus gak untuk perkembangan blog korang.. yer?"

* ella tak suka bahasa rojak, ella ni pencinta bahasa.. tapi terguna gak..


Entry ni diinspirasikan oleh dia...


14 Januari 2012

Mati saya nanti ^_^

‎~✿ MATI saya nanti, akan ramai ucap takziah pada keluarga saya
~✿ MATI saya nanti, orang akan buat majlis tahlil untuk saya
~✿ MATI saya nanti, FB saya akan penuh dengan post takziah
~✿ MATI saya nanti, saya akan tinggalkan harta-harta saya
~✿ MATI saya nanti, saya akan tinggalkan kawan-kawan saya
~✿ MATI saya nanti, saya akan tinggalkan orang yang saya kasihi
~✿ MATI saya nanti, saya akan duduk keseorangan dalam kubur
~✿ MATI saya nanti, saya kena jawab soalan dari Munkar dan Nakir
~✿ MATI saya nanti, saya tak dapat beramal soleh lagi

..Apa yang saya boleh buat..? Sekarang saya tak MATI lagi.. Saya akan tutup aurat saya..! Saya akan berhenti ber'couple' ..! Saya akan solat fardhu awal waktu..! Saya akan banyakkan bersedekah..! Saya akan jaga mak ayah saya..! Saya akan dalami ilmu agama..! Saya akan belajar bersungguh2..! Saya akan taat perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW..!

♥..Ya..! Saya akan lakukan selagi saya masih hidup............ (insyaAllah)

12 Januari 2012

wordless #2

okeh, sekarang ni tengah xde ayat untuk ditaip dek duk fikir nak 4 flat je.. hu2 .

nak 4 flat!



07 Januari 2012

pengajaran #1

A berada di atas bangunan. B pula berada di tingkat paling bawah. A memanggil B, tapi B tak dengar. A pun membaling duit syiling ke arah B dengan harapan B akan mendongak ke atas dan melihatnya. Namun, B malahan terus tunduk untuk mengambil duit syiling tersebut tanpa memndang ke atas [ke arah A]..
Seterusnya, A membaling batu ke bawah, dan mengenai si B, B pun mendongak ke atas..

Fikirkan ~

02 Januari 2012

Contest ! Win Free Top Up

Benda free, I wont refuse? ngeeee ~
I'm tagged.
(1st Winner)
RM20 Topup [ maxis,celcom,digi ]
(2nd Winner)
RM10 Topup [ maxis,celcom,digi]

Tagged !
@Blog tak cute

.Pemenang dipilih random.
Drop komen, doa kan saya menang..
hua3x..

** ella juga di tag dalam peraduan blog TERCANTIK.. ha2, x pyah berangan.. rendah diri nyer nak ikot peraduan tu..