30 April 2012

Saya prefer Bersih 4.0 berbanding Bersih 3.0

Walaupun tak ramai yang tahu mengenai Bersih 4.0 ni.. Tapi, honestly.. Saya amat berpuas hati..! Berbanding Bersih 3.0..


Tengoklah perbezaan perbezaan selepas Bersih 3.0 dan Bersih 4.0..

Bersih 3.0 (gambar fuzore.com)
selepas
selepas

Bersih 4.0

Sebelum Bersih 4.0
Selepas
Ingin tahu lebih lanjut mengenai Bersih 4.0 ? do not hesitate to go here penaku mula menari: Bersih 4.0 ..
(saya tak berniat mempersendahkan sesiapa..)


29 April 2012

Result, Asasi UiTM

  Jumaat lalu, 27 mei 12, keputusan final exam semester ii yang ditunggu-tunggu telah pun keluar.. Masa tu, saya tak dapat online sebab modem rosak. Masa ni tengah berada di rumah auntie di Johor..

  Tapi, sms datang berpusu-pusu.. "result ok?"

  So, tak boleh tahan-tahan lagi.. nak tahu jugak..!

  "Salam, mira.. Boleh tolong checkkan result saya?, thanks Mira.. Ni no ID ***** dan password *******"

  "Wasalam.. Belum boleh tengok lagi kat uitm portal. Bagi emel lah.. Kat emel dah ada"

  "Ok.. Ni emel ********* dan ni password ******" 

  "Tahniah..!!"

  Hehehehehehehehe...

 Alhamdulillah, result ok.. Overall, ok.. Markah Koko pun insyaAllah, hari tu macam full mark ja, hehe.. Yang membuatkan saya sekarang ni tengah risau ialah MUET.. Band 3 shaja.. Dengar-dengar, untuk dapatkan medic, kena band 4 ke atas. Walaupun, band 3 sebenarnya dah cukup syarat.. Walaubagaimanapun, khabar ni tak disahkan, jadi korang jangan risau.. Biar saya seorang ja yang risau..

  Pilihan pertama saya ialah medic UiTM,  tapi rasanya saya kena fikir lagi.. Betulkah hati ni betul-betul kuat untuk menjadi seorang doktor? Berdepan dengan mayat tu biasalah.. Tapi risau dengan komplen dan penerimaan orang lain terhadap 'perbuatan doktor'.. Padahal, doktor dah buat yang terbaik.. Yang mungkin bukan yang terbaik untuk orang lain..

  Bila saya fikir betul-betul, ikhlaskan hati.. Saya tetap dengan cita-cita tu.. Padahal, cita-cita ni bukan cita-cita saya dari zaman hingusan dulu.. Ia perlahan-lahan sebati dengan jiwa.. Ceewah!..

  Saya tau, jadi doktor kena kuatkan semangat.. Hidup dan mati pesakit bagaikan  menjadi tanggungjawab penuh doktor, apatah lagi bagi orang yang pagan atau tidak memegang apa-apa agama.. Dan leadership kena ada.. Thats thing, saya kena develop perlahan-lahan.. Kalau tak pun, there will never had dead end. Rezeki tu ada, asalkan berusaha.. =)

  Mudah-mudahan ada rezeki.. Medic UiTM tu terhad kepada 150 orang sahaja..


*** Doktor dah berlambak di Malaysia ni.. huhu.. Apa yang salah sebenarnya? Students yang kurang tahu dengan peluang pekerjaan yang lain.. Atau, sistem pendidikan di negara ni secara automatik, membuatkan ramai pelajar ter'arah' ke bidang ni.. Ntah.. hehe


*** Suka belajar di UiTM, belajar dengan selesa macam anak emas.. Dengan pensyarah2 dan kawan2 yang baik..

25 April 2012

Parents Wish

My mother had posted this video into my facebook timeline. Not forgetting the other, this simple valuable video also posted into my other siblings' facebook's walls. The next day, my mother posted this video into my father's facebook timeline. Hehe, late a day.. But, no matter to care about the time. The video is. Hehe, so sweet.. Enjoy this video. Or, you can post this video to your child too. Can I say, this is one of the facebook's benefit ? Sharing is caring ~

** I really thought that I entered the same blog over and over again... Luckily, They had different entry' content.. The only reason is this > 'Dah lama tak hupdate blog ni, dah berhabuk rasanya' .. =_=' Hehehe.. Trademark siapa lh tu..

20 April 2012

Penggunaan 'bah' yang betul.

Sebagai orang Sabah, saya berbesar hati apabila ada orang lain yang cuba untuk memahami bahasa yang selalu saya gunakan. Sebabnya, perkataan 'bah' selalu tidak lari daripada ayat percakapan saya seharian meskipun saya berada di semenanjung Malaysia. Dan sememangnya rasa sweet, bila ada rakan yang cuba untuk immitate cara percakapan saya. Walaupun terdapat kesalahan kecil, tapi tidak apa. hehe.. But anyway, i'll be very appreciate, if them, can speak it correctly.
***
Penggunaan "BAH" yang betul

(sebab "bah" merupakan satu perkataan yang paling istimewa buat sabahan)

Salah satu penggunaan kata yang membezakan Bahasa Melayu Sabah dengan Bahasa Melayu piawai, ialah kata tambah "-bah" yang sering diguna dalam percakapan. Kata tambah "-bah"

mempunyai fungsi seperti berikut:


1) Kata penyudah untuk menguatkan ekspresi kata
Contoh ayat: Iya bah. - Iyalah.

2) Kata tambah pemula untuk memulakan percakapan. Selalunya digunakan pada permulaan kata.
Contoh ayat:
Bah, kamu pigi lah dulu - (Saya
menjawab -Kamu pergilah dulu).

3)Memberi maksud sudah, atau penghabis kata. Pengganti dalam bahasa Melayu
ialah "Baiklah", atau "Begitulah".

Contoh ayat:
BM Sabah: "Boy, nanti ko pigi beli beras di kedai sana." Boy menjawab, "Bah."
BM piawai: "Boy, nanti pergi beli beras di kedai."Boy menjawab, "Baiklah"

4)Untuk menegur atau menyapa orang. Lazimnya org sabah akan menyebut "Bah" bila berselisih dengan orang yang dikenali untuk tujuan menyapa orang tersebut.

Contoh-contoh ayat:
1."ko orang KL bah kan?"
2."sejuk bah ni air"
3."awal lagi bah ni"


PENYALAHGUNAAN "BAH"
Masyarakat sabah memang sinonim dgn perkataan "BAH" yang begitu unik. Tetapi perkataan "BAH" ini sering disalah ertikan oleh masyarakat selain Sabah.

Mari kita menghayati dan renungi penyalahgunaan "BAH" dalam ayat-ayat ini:
1. "apa kabar bah?"-kononnya mau bertanyakan khabar. (Ini salah)
2. "suda makan ka bah?" (Aneh….)
3. "bila balik bah?" (Tak Betul )

Oleh Itu Marilah Bersama-sama Menggunakan Bahasa Sabah Dengan Betul, Jangan Memalukan Diri Anda Dengan Kononnya menggunakan Bahasa Sabah Tetapi Sebenarnya Salah. Tapi tak salah kalau salah cakap sebagai langkah mula untuk belajar.


*kredit kepada orang yang membuat.

Zoom permukaan gam yang melekat (adhesive)

Banyak antara kita yang tidak pernah terfikir apa yang menyebabkan pita pelekat boleh melekat.  Tahniah kerana anda terfikirkannya. Meh, baca.

KENAPA PERMUKAAN GAM MELEKAT ?

Apakah bahan dalam gam yang membuatkannya melekit dan boleh melekat?
= Ada dua jenis gam, iaitu gam semulajadi dan gam sintetik (yang dibuat). Kedua-duanya mempunyai kandungan yang berbeza dan pelbagai namun memegang konsep yang sama. Iaitu, gam terdiri daripada hasil gabungan molekul yang panjang dan besar. Contohnya, protein. Setiap molekul pula mempunyai daya menarik yang tersendiri. Walaupun kecil dan tidak berapa kuat, namun setelah bergabung dengan molekul yang lain dalam jumlah yang besar, daya tersebut menjadi kuat hasil daripada gabungan semua tenaga itu. Sebab itulah, gam menjadi melekit.

Apakah aspek yang diambil kira untuk membuatkan sesuatu gam itu melekat dengan kuat atau sebaliknya?
=Molekul yang digunakan, kerana kekuatan daya tarikan sesuatu molekul adalah berbeza dengan molekul yang lain (dipole bond.. dll) dan jumlah molekul yang digunakan.

Apakah gam yang paling asas?
= Adunan tepung dan air. Walaubagaimanapun, gam yang pertama sekali ditemui bukanlah tepung dan air ni tau..

Adakah semua jenis gam melekit?
=Tidak. Ada dua jenis mekanisma gam untuk melekit. Pertama, secara mekanikal, dan yang kedua secara kimia. Kebanyakan gam yang melekit ialah gam yang menggunakan cara tindakan kimia. Manakala gam yang tidak melekit pula ialah gam yang mencantumkan dua dengan cara mekanikal seperti penyangkut. Gam jenis ini biasanya mula bertindak dalam keadaan cair. Semasa cair, ia akan meresap masuk ke dalam rongga-rongga kecil di antara dua permukaan yang ingin dicantumkan. Setelah ia keras, ia bertindak seperti penyangkut dan menyebabkan dua permukaan seperti melekat. Sebagai contoh, hot glue dan gam gajah.

Bagaimana pita pelekat dibuat?
= Pada dasarnya, ada dua elemen penting dalam pita pelekat iaitu plastik dan bahan kimia yang melekit (saya sengaja tidak meletakkan istilah sains). Bahan kimia itu adalah hasil adunan pelbagai bahan untuk mengekalkan kualiti gam seperti UV-filter, bahan untuk mengelakkan pereputan dan juga bahan untuk membuat gam itu melekit. Sebagai tambahan, pewarna juga akan ditambah untuk mewarnakan pita pelekat. Bahan kimia tersebut akan dibiarkan panas, apabila kering ia akan mula melekit. Jadi, semasa bahan tersebut masih dalam bentuk cecair, ia disadur kepada satu permukaan plastik. Bahagian itulah yang akan menjadi bahagian pita pelekat yang melekit. (Tapi, tentunya ia dimudahkan dengan penggunaan mesin.)

Bagaimana kekuatan melekit sesuatu pita pelekat diukur?
= Kekuatan gam untuk melekat tidak diukur dengan anggaran sahaja, seperti meletakkan jari dan mengagak. Tetapi, menggunakan cara yang lebih sistematik untuk memudahkan kerja mengklasifikasikan kualiti gam. Salah satu caranya ialah 'mengukur jauh bola' (kurang pasti samada cara ini universal atau tak).

    Di samping mengkaji sedikit berkenaan perkara ni, saya sempat melihat satu cara mudah membuat gam tanpa toksik. Selain daripada empat bahan utama yang diperlukan seperti dalam gambar rajah di bawah, kita juga boleh menambah bahan sendiri dan menghasilkan bau wangi untuk kegunaan seperti membuat kad atau perhiasan. Kreatif kan..

References:


http://maricarbo.hubpages.com/hub/How-To-Remove-Yellow-Carpet-Glue-or-Adhesive
http://michaels.com/Glue-Adhesives/products-generalcrafts-glueandadhesives,default,sc.html
http://www.youtube.com/watch?v=hr7yWWq5ZZs&feature=related
http://en.wikipedia.org/wiki/Adhesive
http://sustainableecho.com/homemade-natural-glue/
http://en.wikipedia.org/wiki/Adhesive_tape
http://www.ccmr.cornell.edu/education/ask/index.html?quid=1118
http://wiki.answers.com/Q/Why_is_glue_sticky
http://www.bbc.co.uk/bang/ask_yan/what_makes_glue_sticky
http://answers.yahoo.com/question/index?qid=20100613034820AAe4uOo
http://www.answerbag.com/q_view/167210
http://www.howstuffworks.com/question695.htm
http://wiki.answers.com/Q/What_makes_glue_sticky
http://wiki.answers.com/Q/What_makes_the_elmers_glue_sticky
http://wiki.answers.com/Q/Is_glue_sticky
http://wiki.answers.com/Q/What_makes_sticky_tapes_sticky
http://www.bsahome.org/archive/html/escreports/historyofadhesives.pdf
http://www.ehow.com/how_4499679_make-adhesives.html
http://www.babader.com/natf/profile.htm
http://www.ehow.com/how_8692105_make-adhesive-tape.html

Mungkin anda meminati :
-(low cost) Sebab bibir berwarna gelap dan penyelesaiannya.
-Apa yang terjadi kepada belon yang berisi gas helium setelah dilepaskan ke udara?

*Penggunaan info dalam entri ni untuk assignment anda adalah tanggungjawab sendiri. Hati-hati buat assignment tuAkhir kata, never underestimate the small things in our life.

18 April 2012

hayati bek2..

semoga kita tunaikan solat dengan khusyuk..

pesanan ringkas juga dri zul

assalamualaikum....
kaifa Haluka..??
erm, semga kita semua d rahmati Allah..
amin.... sy  x da idea nk kongsi...
so....
nk crita2 sja..hehe
erm,,,, sesiapa yg mengenali saya, doakan sy smoga sy dpt masuk matrik k..
sy nk tebus blik spm sy..
InsyaAllah sy akan wat yang terbaik nti d matriks..
n dpt kan 4.0 CGPA nti..
fokus...
n most important dont lose connection With ALLAH....
zul doakan korang pun berjaya d dunia n akhirat Amin...
http://www.youtube.com/watch?v=yCnvBvntAxk&feature=related

SEGMEN: BLOG PILIHAN ZAMANI 84

Due Date: 24 April 2012 pukul 11.59 malam.
Klik [gambar] untuk join.
"Zam berminat dalam mencari blog-blog untuk dimasukkan dalam senarai blog kegemaran Zam. Tiada kriteria istimewa diperlukan. Tidak kira anda blogger baru atau lamapopular atau tidak, blog comey atau biasa2, blog seriusatau santai, Zam nak ajak korang semua untuk join segmen ni ('',) Setiap blog ada kelebihan tersendiri kan?
Di akhir segmen, Zam akan pilih 5 blog sebagai BLOG PILIHAN ZAMANI 84 & promosikannya secara esklusif selama seminggu bagi setiap sebuah blog di dalam satu entri STICKY POST (Macam blog Mr. E'raz Fadli yang Zam tampilkan di atas). Selain itu, Zam akan masukkan kelima2 buah blog itu dalam bloglist Zam sampai bila2!

Anda berminat untuk sertai? Mudah saja~ buat SATU ENTRI bertajuk"SEGMEN: BLOG PILIHAN ZAMANI 84", letak banner segmen tersebut (beserta link ke entri Zam ini) & sebaik entri anda di publish, berikan linkentri penyertaan anda di ruangan komen di bawah. Mudah kan? Tarikh tutup adalah seminggu dari sekarang~ 24 April 2012 pukul 11.59 malam. Jadi apa lagi, jom join segmen ni & sebarkannya kepada blogger2 lain~~"

-zamani-
#bloggerhensem

16 April 2012

Senang tersentuh.

   Sekarang ni saya senang ter'touching' la. Maybe sebab dah lama x balik kampung. Memang dah lama pun, setengah tahun.. Dengar lagu ni.. Nanges.. sob sob..
 Sabarlah hati.. kena sabar juga.. Kejap lagi balik.. Akhir bulan 5 ni baliklah.. erk, insyaAllah kalau panjang umur..
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.. Rasa lebih baik di negeri sendiri.. hehe 

"Little baby sleep, little baby sleep,
Close your eyes so tight,
Sleep on throough the night,
little baby sleep, mommy is right here, there no need to fear,
i will hold you near,
and I will pray for you,
 and gladly watch you grow,
love you when you fail
and when you lovable
little baby sleep, mommy love you so,
you are in my heart,
i never let you go
and I will pray for you,
 and gladly watch you grow,
love you when you fail
and when you lovable
little baby sleep, mommy love you so"

15 April 2012

Blog ni mempunyai muzik background best !

   Masa untuk blogwalking !! Saya pun mula lah mencari pelbagai link blog yang boleh diterjah. Bukan satu-persatu, tapi buka dalam new tab, new tab dan new tab lagi. Sehinggakan tab atas tu, ntah apa nama, dah penuh dan padat.. Begitulah rutin BW saya seharian, kemudian barulah saya akan singgah dan tutup link tersebut satu persatu. Sepanjang meneroka link-link yang dibuka tu, kadang-kadang saya akan berjaya menghasilkan bunyi-bunyian pelik hasil gabungan beberapa muzik yang merdu dari blog yang telah dibuka, tu yang tak suka.. Tapi kali ni, saya tertarik dengan muzik background dari blog ni.. Kebetulan, saya memang sukakan piano.. hehe.. Blog ni :
Siapa tak kenal Lyssa Faizureen. Sebut sahaja tutorial blog, teringatlah Lyssa Faizureen.. Sebut sahaja Lyssa Faizureen, teringatlah tutorial blog.
   Sepanjang masa blogwalking, saya biarkan blog Lyssa ni terbuka. Menikmati muzik tu.. hehe.

Ni lah muziknya..

14 April 2012

everything happen for reason(s)


Letak cbox macam blog saya.. (ditanya dan menjawab)

[blog ni bukan blog tutorial k, tapi kalo nak tanya tu boleh]
Macam biasa, copy and paste di widget html dalam blog korang.
Menjawab persoalan tak. Sory lah..

<center><style type="text/css">
#nempel{position:fixed;top:65px;z-index:+1000;}
* html #nempel{position:relative;}
.nempeltab{height:106px;width:30px;float:left;cursor:pointer;background: #A5BD51 url('LETAK URL GAMBAR YANG PERLU DITEKAN SUPAYA CBOX KELUAR')no-repeat;}
.nempelisi{float:left;border:2px solid #A5BD51;background:#CCFFFF;padding:8px;}
</style>
<script type="text/javascript">function showHideNempel(){var nempel = document.getElementById("nempel");var w = nempel.offsetWidth;nempel.opened ? moveNempel(0, 30-w) : moveNempel(20-w, 0);nempel.opened = !nempel.opened;}function moveNempel(x0, xf){var nempel = document.getElementById("nempel");var dx = Math.abs(x0-xf) > 10 ? 5 : 1; var dir = xf>x0 ? 1 : -1;var x = x0 + dx * dir;nempel.style.right = x.toString() + "px";if(x0!=xf){setTimeout("moveNempel("+x+", "+xf+")", 10);}}</script>
<div id="nempel">
<div class="nempeltab" onclick="showHideNempel()"></div>
<div class="nempelisi">LETAK KOD CBOX DISINI
<div style="text-align:right;"><a style="text-decoration:none; font-family:Arial, Helvetica, sans-serif; font-size: 12px;" href="javascript:showHideNempel()">[Close]</a></div>
<span><a style="font-size: 10px; cursor:pointer; text-decoration:none; font-family:Arial, Helvetica, sans-serif; color: #999" href="" target="_blank"></a></span>
</div>
</div>
<script type="text/javascript">var nempel = document.getElementById("nempel");nempel.style.right = (30-nempel.offsetWidth).toString() + "px";</script></center>

Kenapa saya diam..?

   Sebagai seorang yang mempunyai pemikiran jenis critical thinking, saya ada karakter yang kritikal juga.. Iaitu suka diam.. kecuali apabila berkenaan dengan perkara yang saya minat, hehe.
  Saya tak berapa suka ambil tahu perkara yang remeh-temeh.. Masuk sahaja bab tu, saya cuma akan menjawab "oh...". Jadi, rasanya perkara ni membuatkan ramai yang  terasa dengan saya.. Sebenarnya, saya tak tahu pun.. Sebab dengan kawan baik dulu, perkara ni dah biasa. Kalau tak berminat, maka tak berminatlah..
  Tapi, alhamdulillah, banyak perkara telah saya pelajari sejak keluar dari kepompong ni.. 1st time lah jauh dari rumah semasa belajar di Puncak Alam dulu.. Sekarang, dah pandai sikit berikan perhatian dengan apa yang orang lain cakap.. Mungkin sebelum ni, saya terus abaikan perkara yang dianggap remeh.. Tapi sekarang, rasanya ni satu kemajuan bila saya dah pandai mengajukan soalan untuk mengetahui cerita selanjutnya.. instead of  "ohh.." hehe.. So, lebih terzahirlah yang sebenarnya saya menghargai cerita diorang..
   Jadi benarlah bahawa, pengalaman ialah guru yang paling berharga ..

13 April 2012

Cepat bosan dengan template blog

Siapa yang selalu mengikuti perkembangan blog ni dari dulu, tahulah dia yang blog ni selalu berubah wajah.Yang ni lagi. Nak ubah... hehe.. rasa bosan.. tapi takpe lah. Tunggu kejap lagi.. hehe

11 April 2012

Apakah awan? dan pelbagai lagi persoalan tentang awan.

Langit yang kebiruan tu tak sah jika tak dihiasi dengan tompokan awan yang menggelembung, berwarna putih dan tampak lembut seperti gula-gula kapas. Andai sahaja awan tu boleh disentuh, pasti sanggup terbang untuk melelapkan diri di atasnya, ditemani oleh lagu awan nano dendangan Hafiz tentunya, heheheh..

1. Apakah itu awan?
2. Kenapa awan boleh dilihat, tapi tidak boleh disentuh?
3. Bagaimana kapal terbang boleh bergegar apabila berlanggar dengan awan?
4. Kenapa kebanyakan awan rata di bahagian bawah?
5. Kenapa ada awan yang boleh terlihat rendah dan bertompok seperti yang selalu dilihat di kawasan luas yang rata?
6. Kalaulah awan itu air, kenapa ia berwarna putih solid dan nampak kering? (Semasa hari cerah)
7. Bagaimana awan dapat melindungi kita daripada cahaya matahari yang terik?
8. Kalaulah awan itu wap air, kenapa ia boleh menghalang cahaya matahari dari menembusinya?
9. Boleh tak awan disamakan dengan ais? Ais berwarna putih, awan pun berwarna putih.
10. Apakah beza antara awan dan ais? Awan dan embun?

Rupanya, untuk menjawab semua persoalan di atas. Kena buat sebuah buku setebal 500 muka surat.. hehe.. tapi insyaAllah, saya ringkaskan..

Apakah itu awan?
= Awan ialah wap air yang terkondensasi, tepu dan boleh dilihat di atmosfera, jauh dari atas permukaan tanah.

Kenapa awan boleh dilihat, tapi tidak boleh disentuh?
=Sebab awan itu tinggi nun di atas? hehe.. Seperti embun juga, awan tidak boleh disentuh, tapi boleh dirasakan.. Samalah dengan ehhhmm, cinta.. hehe.. cinta tidak boleh disentuh. Tapi boleh dirasakan.. Seperti cinta Yang Maha Esa..


Bagaimana kapal terbang boleh bergegar apabila berlanggar dengan awan?
=Ada dua jenis awan, iaitu awan lapisan (stratus) dan awan perolakan (kumulus). Kemudian, mereka dibahagikan lagi kepada empat jenis awan mengikut ketinggian. Selalunya, awan yang dikaitkan dengan 'kapal terbang bergegar' ialah awan kumulonimbus, iaitu sejenis awan daripada kategori awan kumulus. Awan jenis ini tidak stabil, tebal, lembap dan lebih berat berbanding awan lain. Angin di dalamnya mengalami perolakan dan mengarah ke pelbagai arah. Oleh itu, apabila kapal terbang masuk ke kawasan awan kumulonimbus kapal terbang akan ikut bergegar, apatah lagi dalam keadaan ribut yang kuat yang dicipta oleh ktidakstabilan dalam awan kumulonimbus.

Kenapa kebanyakan awan rata di bahagian bawah?
=Saya dah buat enti pasal ni dulu. Kenapa kebanyakan awan rata di bahagian bawah [link].

Kenapa ada awan yang boleh terlihat rendah dan bertompok/ bertumpuk seperti yang selalu dilihat di kawasan luas yang rata?
=Melihat awan yang bertompok sendirian di atas sawah padi di yang terbentang luas di Kedah ni, membuatkan saya terfikir. Kenapa awan tu tak bercantum terus dengan awan-awan yang lain di atas sana.. So, apalagi.. google lah..
=Setelah dibahagikan kepada dua bahagian besar, awan akan dibahagikan lagi kepada 4 bahagian mengikut ketinggian. 4 bahagian ini ialah awan rendah, awan menengah, awan tinggi dan awan vertikal. Dalam setiap tingkat awan itu pula, dibahagikan lagi kepada beberapa sub jenis. Untuk mengenali jenis awan, perkara penting yang perlu diketahui ialah ketinggian dan bentuknya.
=Jadi, awan yang rendah dan bertompok ini adalah dari jenis awan frakto kumulus yang rendah. Saya melihatnya semasa hari masih cerah. Ia mempunyai kadar air yang rendah, jadi senang dipisahkan dengan awan yang lain oleh angin.

Kalaulah awan itu wap air, kenapa ia berwarna putih dan nampak kering? (Semasa hari cerah)
= Warna adalah hasil daripada panjang gelombang yang terhasil. Gabungan semua panjang gelombang warna ialah putih, manakala, jika langsung tiada panjang gelombang warna, maka kita akan melihat warna hitam. Lebih banyak panjang gelombang yang diterima oleh awan, maka lebih cerahlah awan tersebut. Namun, kecerahan itu bergantung kepada jumlah air yang terkandung di dalam awan tersebut juga, lebih banyak air, lebih banyak jugalah panjang gelombang yang diperlukan untuk menjadi cerah.
  Jadi, kenapa awan berwarna putih? Awan berwarna putih kerana awan menyerap semua jenis panjang gelombang warna dan menyerakkan kembali ke luar dengan sekata. Kerana ke'sekata'an inilah, panjang gelombang ini akan bergabung dan menjadi putih. Tambahan pula, cahaya matahari datang dari atas dan perlu terlebih dahulu melalui awan sebelum ke permukaan bumi.
  Bagaimana awan dapat menyerakkan panjang gelombang ini dengan sekata? Subhanallah, Allah itu Maha Bijaksana. Saya terangkan pada soalan seterusnya.

Bagaimana awan dapat menyerakkan semua panjang gelombang dengan sekata?
=Dalam atmosfera bumi, ada 3 jenis serakan yang boleh berlaku. Awan ialah sejenis molekul yang besar. Jadi, serakan yang terlibat dalam awan ialah jenis Mie Scattering, (klik [link] untuk melihat jenis-jenis serakan) . Ia tidak bergantung kepada panjang gelombang, jadi panjang gelombang warna yang berbeza-beza tidak akan mempengaruhi arah serakan warna berlaku.

Bagaimana awan dapat melindungi kita daripada cahaya matahari yang terik? 
Awan itu bukan kertas tetapi ialah wap air, kenapa ia boleh menghalang cahaya matahari dari menembusinya?
=Cahaya matahari mempunyai sinaran UV yang akan membahayakan jika kita terdedah dengannya berlebihan. Kesian dengan pekerja buruh kasar dan lain-lain yang bekerja di bawah panas terik cahaya matahari. Tapi, tidak apa. Kadang-kadang awan memahami dan memayungi mereka. Kenapa cahaya matahari tidak dapat menembusi awan?
   Ini kerana, awan yang berupa wap air yang tebal ini boleh menyerap panjang gelombang cahaya. Dalam perjalanan cahaya itu ke permukaan bumi, ia akan diserakkan, dipantulkan dan diserap oleh awan. Jadi, semakin dekat cahaya itu dengan permukaan bumi, semakin sikit ia jadinya.. Sehinggalah sampai ke permukaan bawah awan, ia dah habis.

Boleh tak awan disamakan dengan ais? Ais berwarna putih, awan pun berwarna putih.
= Awan dan ais boleh disamakan atas beberapa faktor seperti terdiri daripada elemen yang sama. Tetapi ia juga boleh dibezakan kerana banyak faktor seperti suhu, ketumpatan, state of matter, bentuk dan tempat.

Apakah beza antara awan dan ais? Awan dan embun?
= Awan : Awan ialah wap air yang terkondensasi, tepu dan boleh dilihat di atmosfera, jauh dari atas permukaan tanah.
= Ais : Air yang membeku kerana suhu air tersebut telah mencapai takat beku. Ais adalah rapuh dan berbentuk hablur pepejal.
= Embun : Embun ialah titik-titik air yang kelihatan pada waktu pagi hasil daripada proses kondensasi yang terjadi kepada udara sekeliling yang yang menjadi dingin pada waktu malam. Embun cuma akan terjadi apabila suhu udara sekeliling mencapai takat titik embun.

*Dalam al-Quran ada disebutkan yang setelah terjadi awan itu, mereka akan ditiup angin dan bergabung dengan awan lain dan membentuk awan yang lebih besar.. Kemudian hujan akan menitik darinya..

Sumber;
http://www.islam.gov.my/e-falak/jenis-awan
http://answers.yahoo.com/question/index?qid=20110521194719AAqmfom
http://wiki.answers.com/Q/How_do_thunderstorms_happen_from_cumulonimbus_clouds
http://www.scribd.com/doc/26155459/AWAN
http://anantoep.wordpress.com/2010/12/15/kenapa-langit-berwarna-biru-dan-awan-berwarna-putih/
http://ungucintaku.blogspot.com/2011/05/mengapa-awan-berwarna-putih.html
http://weathersavvy.com/Q-Clouds_And_Color1.html
http://www.loveloveislam.com/2011/01/awan-bukti-kebenaran-al-quran.html
http://gimmebucks.asia/tafsir/ayats/search?q=sepotong
http://ms.wikipedia.org/wiki/Fizik_jirim_termeluwap
http://www.letusfindout.com/why-are-clouds-white/
http://seputar-awan.hostzi.com/mitosawan-gempa.html
http://imannurbalqis.blogspot.com/2010/07/sifat-awan-menurut-tokoh-ulama-zaman.html
http://weathersavvy.com/Archives.html
http://weatherandclimate.blog.umt.edu.my/2011/04/10/embun/
what is ice - Google Search
http://eiz1004.upprofits.com/awas-jangan-letakkan-ais-kering-di-dalam-kereta/
http://en.wikipedia.org/wiki/Mie_scattering
http://www.severewx.com/Radiation/scattering.html
http://ww2010.atmos.uiuc.edu/(Gh)/guides/mtr/opt/mch/sct.rxml
http://farside.ph.utexas.edu/teaching/jk1/lectures/node103.html
http://omlc.ogi.edu/software/mie/
http://hyperphysics.phy-astr.gsu.edu/hbase/atmos/blusky.html

10 April 2012

top up iman.. ;)


"Indahnya kalammu wanita solehah yang berjuang disisi mujahid soleh....
Seindah-indah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah...”

Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.
”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”

Wanita solehah idaman mujahid soleh yang malunya menjadi perisai dirinya, yang zikirnya menjadi penawar dirinya; tak gentar di acah mehnah duniawi kerana dia rindukan wangian syurgawi, dia berpegang pada janji yang terpatri di lubuk hati. Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.

Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh mama dan abah. Tiada harta untuk kupersembahkan, hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ...
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Rum: 21)

Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa a.s, sama seperti mu.
 ”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)

Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan

kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata. Aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Pendirianku...pernikahanku akan ku jadikan medan pencarian ilmu agama sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini. Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, suamiku dan anak-anak untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,
" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya."
(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)

09 April 2012

Apa yang terjadi kepada belon yang berisi gas helium setelah dilepaskan ke udara?

Apa yang terjadi kepada belon yang berisi gas Helium setelah dilepaskan ke udara?
Jawapannya ialah, ia terbang ke atas kerana berat gas Helium lebih ringan berbanding berat udara di sekeliling kita.

Rasanya boleh tak sebiji belon berisi Helium terbang sehingga ke angkasa lepas?
Jawapannya ialah tidak. Gas Helium yang terdapat di dalam belon cuma dapat melepasi gas yang lebih berat daripadanya dan akan berhenti terbang apabila ia telah mencapai tempat yang mana udaranya adalah sama berat dengan gas Helium iaitu lebih kurang 32 Km dari aras bumi. Walaubagaimanapun, hampir semua belon akan POPP! sebelum sampai ke altitud tersebut. Manakala angkasa lepas pula bermula pada sekitar 960 Km dari aras bumi.

Benar atau tidak yang manusia boleh terbang menggunakan belon biasa (permainan kanak-kanak)?
Ya. Boleh.. Dalam video di bawah, 45 biji belon diperlukan untuk menaikkan 4.5 Kilogram Kentang.
Sebiji belon pula bersaiz lebih kurang 10 kaki padu/ 0.3 meter padu.
Hmm, berat saya ialah 42 Kilogram. So, kalau saya nak terbang menggunakan belon.. Saya memerlukan 420 biji belon yang bersaiz sama dengan belon yang digunakan di bawah. Minta maaflah kalau tersalah perkiraan. hehe


Semasa mencari maklumat berkaitan tajuk di atas, saya ada terbaca mengenai sebuah cerita real yang berlaku kepada seseorang yang menggunakan nickname Doglover928, alkisahnya bermula begini ~

   Beliau mempunyai seorang anak yang kreatif. Pada suatu hari, anaknya telah menggunakan kreativitinya untuk membuat belon yang diisi dengan gas Helium dan nota kecil yang bertulis nombor telefon dan nama pemilik belon tersebut. Belon itu kemudiannya dilepaskan ke udara. Sebulan kemudian, mereka menerima panggilan telefon. "Someone got the note!! How fascinatting!" katanya. Apa yang membuatkan ibu itu teruja ialah jarak nota itu dengan mereka sekarang ialah 10 jam perjalanan. Di akhir artikel, ibu itu menyatakan yang mungkin orang tersebut cuma mendapat nota dan bukan belon.

Sekadar berkongsi:

Sumber rujukan:

Jom promosi blog kawan-kawan..

Group satu yang tercinta.. hehe
Mai blogwalking sat..
ShhHH ~ Jangan bising sangat blogwalking tu ye.. Adrian tengah tidur ni..

08 April 2012

DiGi WWWOW Awards 2012 Nuffnang Blogger Of The Year | Kempen Mialiana.com - Peserta Kempen


  Baca tak perkataan terakhir dalam tajuk di atas? Hah! Betullah tu.. Blog ini adalah peserta Kempen Mialiana.com [link]. Ini berikutan kepada Digi WWWOW Awards yang telah pun mula, sesi mengundi pula adalah pada 23 April - 13 Mei 2012.
   So, sepanjang masa ni. Saya kena berkempen habis-habisan! hohoho! (Dengan nada penuh patriotik)
   So, di sini. Saya dengan rendah hatinya, ingin meminta bantuan korang untuk membantu saya. Bolehkan? Tanpa korang, apalah erti kempen yang akan saya laksanakan. Bak kata orang 'bagai menopang pisang yang tak berbuah'.
   Nak tolong tak? Tolong klik banner kempen kat sebelah kiri ni.. Kalau nak menderma sikit boleh klik yang kanan juga, hehe, tak lah, gurau je. Saya cuma nak korang klik banner kat sebelah kiri entri ni dan bersama-sama saya untuk mengundi Kak Mialiana setiap hari, bermula pada 23 April hingga 13 Mei nanti.

Saya harap sangat-sangat korang boleh tolong, korang je lah yang boleh tolong. Kalau tak, siapa lagi? So, kalau korang nak tolong, korang bolehlah komen kat atas entri ni. Kemudian, saya boleh hantarkan link ke rumah korang setiap hari, boleh juga singgah baca dan komen entri korang. eh, tak! bukan ke rumah.. Tapi ke blog korang, hehe..

Kempen Mialiana.com ini ditaja oleh :


Blog blogger yang bersama-sama saya :
1) akan diupdate dari semasa ke semasa.

Cute Kitty.

Believe it or not. I've travelled many edges of this world in only half of my day time by surfing the internet. And this give rise to my head-ache and eye irritations.
Oh, I need to walk out from this place. Inhale fresh air.
But, a step i went out. Woah, it is so hot outside there.
But, look what I saw.
The kitty is sheltering itself below the umbrella.
But after it saw me, it became embarassed. And dissapeared in only a friction of time.
Where does it go? i really dont have idea.

***
Oh, it is in the house!

07 April 2012

Senarai Biasiswa yang ada.

buat sahabat...:)
senarai biasiswa yg ada...

JPA: http://esilav2.jpa.gov.my/
MARA: http://ww.mara.gov.my/
Khazanah: http://www.khazanah.com.my/scholarship.htm
bnm: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=104&pg=675&ac=666
UEM: http://www.uem.com.my/social/scholarship.html
Sime Darby: http://www.simedarby.com/
scm: http://www.sc.com.my/
TNB: http://yayasan.tnb.com.my/sam/
TM: http://ytm.tm.com.my/
Petronas: http://spmonline.petronas.com.my/
PNB: http://www.pnb.com.my/
Shell: http://www.shell.com.my/
yysan pljrn mara: http://jadypm.edu.my/
JAKIM: http://www.islam.gov.my/
recom: http://www.recom.org/forum/portal.php
eputra: http://eputra.com/
http://esilav2.jpa.gov.my/

1)PTPTN
www.ptptn.gov.my
2) Biasiswa Tunku Abdul Rahman
www.yayasantar.org.my
3) Felda Johore Bulker Sdn Bhd
www.feldaholdings.com
4) Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA )
www.jpa.gov.my
5) Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
www.sabah.gov.my/jpan
6) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak
www.psc.sarawak.gov.my
7) Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah
www.biasiswa.sabah.gov.my
8 ) Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan
www.maiamp.gov.my
9) Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Perak
biasiswa.perak.gov.my @ www.perak.gov.my
10) Majlis Agama Islam Negeri Johor
www.maij.gov.my
11) Pinjaman Kerajaan Negeri Pulau Pinang
epp.penang.gov.my
12) Pinjaman Pelajaran kerajaan Negeri Selangor
www.selangor.gov.my
13) Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEN )
tapem.melaka.gov.my
14) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
www.frim.gov.my
15) Gamuda Berhad
www.gamuda.com.my
16) Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan
www.jkmwpkl.gov.my
17) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
www.kwsp.gov.my
18) Lembaga Zakat Selangor
www.e-zakat.com.my
19) Bank Rakyat Malaysia Berhad
www.bankrakyat.com.my @ www.yayasanbankrakyat.com.my
20) Majlis Amanah Rakyat
www.mara.gov.my
21) Pusat Zakat Sabah
www.zakat.sabah.gov.my
22) Yayasan Negeri Sembilan
www.yns.gov.my
23) Skim Biasiswa National Science F
www.masduke.net/download/nsf.doc
24) Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi Malaysia
www.mosti.gov.my
25) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO )
www.perkeso.gov.my
26) Permodalan Nasional Berhad (PNB)
www.pnb.com.my
27) Sarawak Shell Berhad
www.shell.com.my
28) Sapura Industrial Berhad
www.sapuraindustrial.com.my
29) Terengganu Advanced Technical Institute
www.tatiuc.edu.my
31) Yayasan Felcra
esistem.felcra.com.my/yayasan/
index.html
32) Yayasan Pahang
www.yp.org.my
33) Yayasan Sabah
www.ysnet.org.my
34) Yayasan Selangor
www.yayasanselangor.org.my
35) Yayasan Tenaga Nasional Berhad
yayasan.tnb.com.my
36) Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN )
www.yakin.kelantan.gov.my
37) Yayasan Terengganu
www.ytrg.terengganu.gov.my
38) Yayasan Pelajaran Johor (YPJ )
www.johordt.gov.my/ypj
39) Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman
yayasansarawak.org.my/form/TAR.pdf
http://esilav2.jpa.gov.my/
esilav2.jpa.gov.my
http://esilav2.jpa.gov.my/


Bolehlah usha pasni..

06 April 2012

Ke Pasar Malam


Kali ni kali kedua saya p pasar malam Jitra, Kedah. Nama tak pasti sangat, yang penting saya tau, tempat ni berada di Jitra, hehe. Memang perggh! best! ya lah bagi orang jakun macam saya. Orang memang ramailah. Masuk je pekarangan pasar malam tu, buah durian mendahului pandangan. Ucap bismillah dulu sebelum masuk pasar. Kemudian, terus cari nasi kerabu, malangnya, pak cik berkopiah yang menjual nasi kerabu tu tutup, sob sob. So, kitorang beli soto je lah. memang selalunya kalo tak nasi kerabu, akak sepupu saya tu akan beli soto pula. Saya pula beli burger ja. Memang tak makan sangat. Konon nak tambah berat badan, tapi tak suka makan sangat..

Time akak sepupu sedang membeli sayur, saya dok merenung abang yang jual ikan kat tepi. Bukan apa, rasa terhibur pula tengok diorang jual ikan, berusaha tarik pelanggan, "ikan merah, ikan merah, ikan merah! limo ringgit! limo ringgit, limo ringgit!" Sampai tak sedar bila saya tersenyum, abang yang jual ikan kat tepi kedai dia tu tengok. Aiyo, rasa tak sopan pula senyum tak kena tempat, mesti dia terfikir macam-macam. Saya suka sebenarnya tengok orang yang macam tu, ada usaha dan cari rezeki halal. Semoga hidup mereka diberkati Allah, amin.

Pastu kitorang balik. Tapi sebelum balik.. Sempat beli durian lagi, jenis D99. Sekilo RM7. Sebelum ni tak pernah pula dengar durian D99. Durian tu durian kahwin tak??

Akhirnya, naik kereta.. Vrooom!! Balik.. Alhamdulillah.

gambar hiasan.

NEW Semester Giveaway!

until 8 April.. today.. hehe

Tagged : 

SEGMEN NASZ : PROMOSI BLOG


segmen ni dibuka sehingga 8hb April 2012 jam 11.00 malam.
(walaupun dah 12 malam, ah.. try ja lah.. ada excuse kan abang nasZ? hehe)
Dah ada kumpulan nanti, barulah ella promote k.